Pancaran sinar matanya,
Kenakalan anak matanya,
Ditambah kemanisan senyumannya,
Masih merawang-rawang dalam peti fikiranku,
Dulu aku tidak percaya....
Benda yang diperlekehkan itu,
Wujud di bumi nyata,
Mana mungkin boleh gila...
Mana mungkin kecewa...
Hanya kerna CINTA?
Tika mata bertentangan,
Aku dapat melihat keayuan bunga itu,
Aku terpukau oleh keayuannya,
Dengan kelembutannya,
Dengan perwatakanya,
Aku beranikan mendampinginya,
Namun keikhlasan tidak mampu menawan
hati yang satu,
Aku terasa ditusuk,
Pedih amat sekali,
Aku melihat bagai ada sinar harapan,
Tapi ....
Harapan hanya tinggal harapan,
Alasan ditinggalkan tanpa penjelasan...
Ahh...
Bunga bukan sekuntum,
Fizikalku terus dipaksa,
Masa belalu pergi,
Namun bunga itu masih tidak layu
dari kamar hatiku....
Aku cuba menjadi insan berbeza,
Aku cuba menyakitkan hatinya,
Agar dirasai kesakitan ini,
Agar aku dapat melupakan dia,
Kekasih hati,
Walaupun aku terseksa,
Aku doa kan semoga kau bahagia...
Friday, June 19, 2009
BATU BESAR
Kusirami mawar putih,
Pada kenangan lalu,
Agar sentiasa segar mewangi,
Biar aku berduka,
Hanya memori lalu mengubati,
Mungkin bagimu hanya sementara,
Bagiku bagaikan bertahun lamanya,
Aku terlalu rindu...
Rindu pada kilauan matamu,
Senyuman yang terukir manis,
Menanti tutur bicaramu,
Sukar untuk menyatakan kerinduan hati ini,
Bahu ini mengendong batu besar,
Tidak tahu sampai bila,
Akan ku bawa,
Biar kehabisan kudrat sekalipun,
Batu besar takkan kulepaskan,
Tadi, dapat jua aku menatap wajahmu,
Walaupun hanya sementara,
Jiwa ini melonjak gembira,
Seperti bulan jatuh keriba,
Kini bahuku terasa kosong,
Batu besar terlepas dari gendongan,
Adakah akan kubawa kembali?
Jantung ini berdegup kencang,
Aku seperti terpukau,
Mulutku ini terkunci,
Bait-bait perkataan telah kususun,
Tiada satupun dapat kau debgarkan,
Bukan kemaafan yang aku minta,
Namun peluang membetulkan kesalahan.
AHBAR
19 JUNE 2009
Pada kenangan lalu,
Agar sentiasa segar mewangi,
Biar aku berduka,
Hanya memori lalu mengubati,
Mungkin bagimu hanya sementara,
Bagiku bagaikan bertahun lamanya,
Aku terlalu rindu...
Rindu pada kilauan matamu,
Senyuman yang terukir manis,
Menanti tutur bicaramu,
Sukar untuk menyatakan kerinduan hati ini,
Bahu ini mengendong batu besar,
Tidak tahu sampai bila,
Akan ku bawa,
Biar kehabisan kudrat sekalipun,
Batu besar takkan kulepaskan,
Tadi, dapat jua aku menatap wajahmu,
Walaupun hanya sementara,
Jiwa ini melonjak gembira,
Seperti bulan jatuh keriba,
Kini bahuku terasa kosong,
Batu besar terlepas dari gendongan,
Adakah akan kubawa kembali?
Jantung ini berdegup kencang,
Aku seperti terpukau,
Mulutku ini terkunci,
Bait-bait perkataan telah kususun,
Tiada satupun dapat kau debgarkan,
Bukan kemaafan yang aku minta,
Namun peluang membetulkan kesalahan.
AHBAR
19 JUNE 2009
HUJAN AiRMATA
Tika hujan membasahi bumi,
Airmata turut membasahi pipi,
Rindu pada insane tersayang,
Tidak salah rasanya,
Ku memuja anggun wajahmu,
Kerna cinta tak kenal siapa,
Hadirnya tidak dipaksa,
Titisan hujan seakan memahami,
Jiwa ini yang menderita,
Deruan angin membuka pintu,
Sangkar yang telah lama kubina,
Terpaksa aku melepaskannya,
Untuk menyatakan,
Sekian lama aku cinta padamu,
Untuk mengisi segala kekosongan;
Biar berlinangan airmata darah,
Takkan dapat kuhentikan,
Bibir mudah mengucap sabar,
Tapi hati yang remuk menderita,
Tak sempat manisnya madu,
Pahit terpaksa kutelan,
Bagai sembilu menusuk hatiku,
Entah Kemana dibawa pergi,
Duhai sayang...
Dulu hati ini tiada perasaan,
Kering, Kemarau,
Mungkin berhabuk,
Yang ada sudah pergi,
Yang tiada makin menghilang,
Kadang-kadang kita perlu meluahkan,
Kerna kebisuan sukar ditafsirkan,
Kehadiranmu untuk seketika,
Membawa sinar kebahagiaan,
Mencorakkan jiwa kontang,
Mewarnai kegelapan lampau,
Kasih sayangmu bagaikan baja,
Yang menyuburkan diriku,
Hatiku menggeletar,
Apabila kau dihadapanku,
Hatiku minta dibelai,
Namun cukuplah aku mendapat hatimu,
Masihkah ada ruang bagiku,
Jangan biarkanku terbuang,
Bagaiman untu menebus dosa,
Agar jalinan terpaut kembali,
Semua pintu cubaku buka,
Mengharap masih ada peluang kedua...
Airmata turut membasahi pipi,
Rindu pada insane tersayang,
Tidak salah rasanya,
Ku memuja anggun wajahmu,
Kerna cinta tak kenal siapa,
Hadirnya tidak dipaksa,
Titisan hujan seakan memahami,
Jiwa ini yang menderita,
Deruan angin membuka pintu,
Sangkar yang telah lama kubina,
Terpaksa aku melepaskannya,
Untuk menyatakan,
Sekian lama aku cinta padamu,
Untuk mengisi segala kekosongan;
Biar berlinangan airmata darah,
Takkan dapat kuhentikan,
Bibir mudah mengucap sabar,
Tapi hati yang remuk menderita,
Tak sempat manisnya madu,
Pahit terpaksa kutelan,
Bagai sembilu menusuk hatiku,
Entah Kemana dibawa pergi,
Duhai sayang...
Dulu hati ini tiada perasaan,
Kering, Kemarau,
Mungkin berhabuk,
Yang ada sudah pergi,
Yang tiada makin menghilang,
Kadang-kadang kita perlu meluahkan,
Kerna kebisuan sukar ditafsirkan,
Kehadiranmu untuk seketika,
Membawa sinar kebahagiaan,
Mencorakkan jiwa kontang,
Mewarnai kegelapan lampau,
Kasih sayangmu bagaikan baja,
Yang menyuburkan diriku,
Hatiku menggeletar,
Apabila kau dihadapanku,
Hatiku minta dibelai,
Namun cukuplah aku mendapat hatimu,
Masihkah ada ruang bagiku,
Jangan biarkanku terbuang,
Bagaiman untu menebus dosa,
Agar jalinan terpaut kembali,
Semua pintu cubaku buka,
Mengharap masih ada peluang kedua...
JANJI
Kita banyak bermadah,
Tanpa disedari itulah janji,
Berjanji tanpa menilai kemampuan diri,
Perancangan hamba terbatas,
Dialah yang maha mengetahui,
Tumbuh suburnya balak,
Derasnya aliran sungai,
Flora fauna bersaki-baki,
Percaturannya cukup sempurna,
Kesongsangan terjadi atas sebab kehendaknya,
Khalifah tidak mengotakan janji,
Alpa dengan nafsu sendiri,
Tidak guna duduk termanggu,
Pasangkan kekuda,
Uruskan langkah,
Tunaikan janji-janjimu,
Robekan anasir kemusnahan,
Tingkatkan keimanan,
Hunuskan harapan,
Supaya tidak menari dalam kegelapan,
19 mei 09- AHBAR-
Tanpa disedari itulah janji,
Berjanji tanpa menilai kemampuan diri,
Perancangan hamba terbatas,
Dialah yang maha mengetahui,
Tumbuh suburnya balak,
Derasnya aliran sungai,
Flora fauna bersaki-baki,
Percaturannya cukup sempurna,
Kesongsangan terjadi atas sebab kehendaknya,
Khalifah tidak mengotakan janji,
Alpa dengan nafsu sendiri,
Tidak guna duduk termanggu,
Pasangkan kekuda,
Uruskan langkah,
Tunaikan janji-janjimu,
Robekan anasir kemusnahan,
Tingkatkan keimanan,
Hunuskan harapan,
Supaya tidak menari dalam kegelapan,
19 mei 09- AHBAR-
KAU
Setiap kali aku melangkah,
Aku merasakan kau disisi,
bayangan kau sentiasa Mengekoriku,
Riak wajahmu sentiasa bermain di kotak pemikiranku,
Kau menunjukan erti sebuah kehidupan,
Perkataanmu sentiasa menemani,
Ketika kita bersama,
Malah,ia menemaniku bersama Senyuman
dan kegembiraan,
Ketika aku membelai rambutmu,
Kau kaku merelakan,
Ketika aku memelukmu,
Kau malu melentok manja,
Aku sentiasa rindukan
tika mata bertentangan,
tika jari-jemari bertautan,
Kita bersama menabur baja,
Agar kembangnya bunga cinta,
Tidak mampu ku bayangkan,
Hidupku ini Tanpamu,
Apabila kamu mengusikku,
Ku biarkan agar kau gembira,
Selagi adanya CINTA...
Jika diizinkan yang Esa,
Aku mahu sisa hidupku dengan bersamamu,
Insan yang ku sayangi...
Aku merasakan kau disisi,
bayangan kau sentiasa Mengekoriku,
Riak wajahmu sentiasa bermain di kotak pemikiranku,
Kau menunjukan erti sebuah kehidupan,
Perkataanmu sentiasa menemani,
Ketika kita bersama,
Malah,ia menemaniku bersama Senyuman
dan kegembiraan,
Ketika aku membelai rambutmu,
Kau kaku merelakan,
Ketika aku memelukmu,
Kau malu melentok manja,
Aku sentiasa rindukan
tika mata bertentangan,
tika jari-jemari bertautan,
Kita bersama menabur baja,
Agar kembangnya bunga cinta,
Tidak mampu ku bayangkan,
Hidupku ini Tanpamu,
Apabila kamu mengusikku,
Ku biarkan agar kau gembira,
Selagi adanya CINTA...
Jika diizinkan yang Esa,
Aku mahu sisa hidupku dengan bersamamu,
Insan yang ku sayangi...
KEPASTIAN
Siang tak semestinya cerah.
Malam tak sentiasa gelap,
Tiada apa yang kita tahu,
Bila sungai akan berhenti mengalir,
Kemana tiupan angin dibawa pergi,
Dia mengetahui segalanya,
Dia juga yang mengatur kejadian,
Mengapa dia tidak berkehendak untuk
Kita mengetahuinya?
Sedarkah manusia Dia sedang berbicara,
Dia menguji kamu,
Tatkala mentari melabuhkan tirai,
Tiada tahu kemunculannya,
Pohon yang tumbuh menyubur,
Belum tentu berbuah lagi,
Menunggulah dengan penuh harapan,
Disinilah tahap keimanan,
Ketaqwaan perlu ditingkatkan,
Manusia itu sendiri dijadikan berpasangan,
Namun siapa gerangan pasangannya?
Sedarlah manusia insane yang lemah,
Banyak persoalan yang tidak terungkai,
Jawapan tidak pula disimpulkan,
Semua kejadian atas kehendaknya,
Hanya dua sahaja yang dijanjikan,
Pahala untuk kebaikan,
Dosa untuk kemungkaran,
Janji ini yang pasti...
AHBAR
9 JUNE 2009
Malam tak sentiasa gelap,
Tiada apa yang kita tahu,
Bila sungai akan berhenti mengalir,
Kemana tiupan angin dibawa pergi,
Dia mengetahui segalanya,
Dia juga yang mengatur kejadian,
Mengapa dia tidak berkehendak untuk
Kita mengetahuinya?
Sedarkah manusia Dia sedang berbicara,
Dia menguji kamu,
Tatkala mentari melabuhkan tirai,
Tiada tahu kemunculannya,
Pohon yang tumbuh menyubur,
Belum tentu berbuah lagi,
Menunggulah dengan penuh harapan,
Disinilah tahap keimanan,
Ketaqwaan perlu ditingkatkan,
Manusia itu sendiri dijadikan berpasangan,
Namun siapa gerangan pasangannya?
Sedarlah manusia insane yang lemah,
Banyak persoalan yang tidak terungkai,
Jawapan tidak pula disimpulkan,
Semua kejadian atas kehendaknya,
Hanya dua sahaja yang dijanjikan,
Pahala untuk kebaikan,
Dosa untuk kemungkaran,
Janji ini yang pasti...
AHBAR
9 JUNE 2009
MENCARI
Aku tidak sedar,
Semenjak bila rasa sayang,
Ketika ini aku hanya termanggu,
Mungkin aku perlu mula mencari,
Mencari apa yang ku rasa,
Tapi di mana hendak ku mula,
Penyelesaian ku temui tetap buntu,
Adakah aku harus menyepi seperti batu,
Namun batu dalam diam memakan diri,
Atau menjadi ombak tsunami mencari mangsa,
Aku mula bertanya pada diri hina ini,
Sekali lagi aku tidak sedar,
Menangis sekalipun untuk apa.
MARCH 2009
-AHBAR-
Semenjak bila rasa sayang,
Ketika ini aku hanya termanggu,
Mungkin aku perlu mula mencari,
Mencari apa yang ku rasa,
Tapi di mana hendak ku mula,
Penyelesaian ku temui tetap buntu,
Adakah aku harus menyepi seperti batu,
Namun batu dalam diam memakan diri,
Atau menjadi ombak tsunami mencari mangsa,
Aku mula bertanya pada diri hina ini,
Sekali lagi aku tidak sedar,
Menangis sekalipun untuk apa.
MARCH 2009
-AHBAR-
PERASAAN
Aku masih tidak mengerti,
Aku begitu marah,
Dari semalam hingga kini,
Menunjukan kebodohanku selama ini,
Siapalah yg menjadi mangsa kemarahanku?
Siapalah yang harus dipersalahkan?
Perasaan ini hadir....
Kehadiran ini tidak diketahui puncanya,
Yang pasti perasaan itu berakar umbi di hati,
Moga dapat mewarnai hati yang sepi,
Belum sempat mentari menampakan diri,
Bunga pula kembang tak jadi,
Awan hitam turut mewarnai,
Kilat dan guruh seperti memahami,
Gerimis turun menari...
Aku kini dibelenggu kegelapan,
Leherku dijerut tali gantung yang ku pasang sendiri,
Tapi apa salah diri ini diperlaku sebegini?
Madu di tangan kanan,
Namun racun jua yang disuapkan,
Kejantananku terpaksa dicabar,
Racun ditelan sehabis madu,
Agar terubat luka semalu,
Haruskah semalu dibiarkan terbang,
Kembali ke habitatnya,
Coretan ini tempat aku meluahkan,
Agar ia tidak terbias mencederakan jiwa sengsara...
Aku begitu marah,
Dari semalam hingga kini,
Menunjukan kebodohanku selama ini,
Siapalah yg menjadi mangsa kemarahanku?
Siapalah yang harus dipersalahkan?
Perasaan ini hadir....
Kehadiran ini tidak diketahui puncanya,
Yang pasti perasaan itu berakar umbi di hati,
Moga dapat mewarnai hati yang sepi,
Belum sempat mentari menampakan diri,
Bunga pula kembang tak jadi,
Awan hitam turut mewarnai,
Kilat dan guruh seperti memahami,
Gerimis turun menari...
Aku kini dibelenggu kegelapan,
Leherku dijerut tali gantung yang ku pasang sendiri,
Tapi apa salah diri ini diperlaku sebegini?
Madu di tangan kanan,
Namun racun jua yang disuapkan,
Kejantananku terpaksa dicabar,
Racun ditelan sehabis madu,
Agar terubat luka semalu,
Haruskah semalu dibiarkan terbang,
Kembali ke habitatnya,
Coretan ini tempat aku meluahkan,
Agar ia tidak terbias mencederakan jiwa sengsara...
TANGISAN BAHAGIA
Menangis tidak berguna,
Menyesal menambah duka,
Merindui yang jauh di mata,
Dibayangi tanpa khabar berita,
Menghargai bila tiada,
Itulah kebenaranya,
Fizikalku tampak biasa,
Jiwaku begitu sengsara,
Hemburan perkataanku,
Mencalar perasaanmu,
Siksa menyelubungi dada,
Bagaikan aku tersadai di penjara,
Mana mungkin mampu berdiri,
Kanan dicubit kiri jangan terasa,
Sudah takdirku menderita,
Aku gembira jika kamu bahagia,
Matamu.., Senyumanmu..,Raut wajahmu..,
Pengubat deritaku.
AHBAR
9 JUNE 2009
Menyesal menambah duka,
Merindui yang jauh di mata,
Dibayangi tanpa khabar berita,
Menghargai bila tiada,
Itulah kebenaranya,
Fizikalku tampak biasa,
Jiwaku begitu sengsara,
Hemburan perkataanku,
Mencalar perasaanmu,
Siksa menyelubungi dada,
Bagaikan aku tersadai di penjara,
Mana mungkin mampu berdiri,
Kanan dicubit kiri jangan terasa,
Sudah takdirku menderita,
Aku gembira jika kamu bahagia,
Matamu.., Senyumanmu..,Raut wajahmu..,
Pengubat deritaku.
AHBAR
9 JUNE 2009
TERPEJAMNYA MATA
Mata terpejam,
Hati mencari,
Mencari insan yang bersembunyi,
Seperti meraba hitam dalam kegelapan,
Ku kerahkan semua pemberian,
Mengikut alunan lagu cinta,
Lagu ini seperti mengisi lubang di hati,
Menampal segala luka lama,
Mata terpejam lagi....
Sambil senyuman mula terukir,
Diari akan dibiar berdebu,
Kerna kini aku sudah memilikimu.....
MARCH 2009
-AHBAR-
Hati mencari,
Mencari insan yang bersembunyi,
Seperti meraba hitam dalam kegelapan,
Ku kerahkan semua pemberian,
Mengikut alunan lagu cinta,
Lagu ini seperti mengisi lubang di hati,
Menampal segala luka lama,
Mata terpejam lagi....
Sambil senyuman mula terukir,
Diari akan dibiar berdebu,
Kerna kini aku sudah memilikimu.....
MARCH 2009
-AHBAR-
WARKAH SAYANGKU...
WARKAH SAYANGKU...
Sayang....
Ungkapan yang selalu ku berikan padamu....
Perasaan itu dari hati yang ikhlas....
Dari hatiku menyatakan sayang padamu,
Aku takut kehilangan mu....
Setiap detik berlalu,
Aku sentiasa teringat padamu,
Aku juga sedar akan Yang Maha Kuasa,
Manusia hanya mampu merancang,
Namun, merancang dengan adanya usaha,
Semakin hari semakin aku sayang padamu,
Semakin hari jua wajahmu dalam ingatan
Sayang....
Kini baru kepalaku dihentuk,
Aku bangkit dari angan-angan,
Perasaan ini tidak mungkin akan direalisasikan,
oleh seekor kumbang seorang diri,
Yang mahu melihat bunga kembang,
Namun bunga kembang tidak menjadi,
Aku menyanyi melihat kau gembira,
Aku merana melihat kau berduka
Adakah bagaikan pungguk rindukan bulan?
Yang hanya bertepuk sebelah tangan?
Mengharap pelangi tika mentari tegak berdiri,
Kasih sayang....
Ini yang kuharapkan,
Kerna ini adalah sayang antara dua,
Aku dan kamu,
Tunjukan padaku wahai sayang,
Bukan penghargaan setinggi awan,
Cukuplah saki-baki permainan,
Agar aku tidak lemas dalam pencarian tidak beperhentian.....
8/4/2009
-AHBAR-
Sayang....
Ungkapan yang selalu ku berikan padamu....
Perasaan itu dari hati yang ikhlas....
Dari hatiku menyatakan sayang padamu,
Aku takut kehilangan mu....
Setiap detik berlalu,
Aku sentiasa teringat padamu,
Aku juga sedar akan Yang Maha Kuasa,
Manusia hanya mampu merancang,
Namun, merancang dengan adanya usaha,
Semakin hari semakin aku sayang padamu,
Semakin hari jua wajahmu dalam ingatan
Sayang....
Kini baru kepalaku dihentuk,
Aku bangkit dari angan-angan,
Perasaan ini tidak mungkin akan direalisasikan,
oleh seekor kumbang seorang diri,
Yang mahu melihat bunga kembang,
Namun bunga kembang tidak menjadi,
Aku menyanyi melihat kau gembira,
Aku merana melihat kau berduka
Adakah bagaikan pungguk rindukan bulan?
Yang hanya bertepuk sebelah tangan?
Mengharap pelangi tika mentari tegak berdiri,
Kasih sayang....
Ini yang kuharapkan,
Kerna ini adalah sayang antara dua,
Aku dan kamu,
Tunjukan padaku wahai sayang,
Bukan penghargaan setinggi awan,
Cukuplah saki-baki permainan,
Agar aku tidak lemas dalam pencarian tidak beperhentian.....
8/4/2009
-AHBAR-
khas bUat Jue....
aku sukar untuk menyata perasaan ini....
namun dari perkataan ini mampu menyampaikan makna tersendiri....
ini khas buat Fatimatul Zuriah.....
namun dari perkataan ini mampu menyampaikan makna tersendiri....
ini khas buat Fatimatul Zuriah.....
Subscribe to:
Comments (Atom)